|
|
| Monday, 11-Jul-2011 08:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Oct-2010 04:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sesi Pembentangan My3S dan Tracer Study
|
|
SESI PEMBENTANGAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY) SERTA KAJIAN SKALA KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR (My3S) ANJURAN UTLC
Pada 21 Oktober 2010 yang lalu, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan satu sesi pembentangan Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) dan Kajian Skala Kemahiran Insaniah Pelajar (My3s).
Sesi pembentangan ini adalah terbuka kepada warga UUM yang berminat mengetahui perkembangan status Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) dan Kajian Skala Kemahiran Insaniah Pelajar (My3s).
Pada 15 Jun 2010, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan laporan penilaian Kajian Skala Kemahiran Insaniah Pelajar (My3s) yang telah diisi oleh pelajar-pelajar UUM yang sedang menjalani latihan praktikal di sekitar bulan Mac 2010 yang lalu.
Instrumen My3S dibangunkan adalah bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar di IPT. Penguasaan ini diukur berdasarkan kepada tujuh (7) elemen iaitu Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan, Moral dan Etika Profesional, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran Kepemimpinan dan Kemahiran Keusahawanan.
Program ini juga merupakan salah satu kriteria penilaian Sistem Penarafan IPT (SETARA) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi semua IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Sehubungan itu, KPT akan memastikan setiap IPT di Malaysia terlibat dan menjalankan instrumen My3S bagi merealisasikan matlamat penghasilan graduan IPT yang holistik.
Selain Itu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah mengarahkan kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk melaksanakan Kajian Longitudinal Skala Kemahiran Insaniah Pelajar Baru. Semua pelajar semester satu sesi 2010/2011 adalah diwajibkan menjawab kajian ini.
Kajian ini akan dibuat dalam tiga (3) kali oleh pelajar berkenaan iaitu pada semester satu, semester tiga dan semester akhir. Kajian ini akan dijalankan semula pada tahun 2012 kepada calon yang sama untuk mengukur pencapaian insaniah sepanjang tempoh pengajian di IPTA. Hasil dapatan kajian kemudiannya akan dimasukkan sebagai salah satu kriteria Penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) pada tahun tersebut.
Di dalam sesi pembentangan Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study), laporan adalah berdasarkan Laporan Kajian Pengesanan Graduat Universiti Utara Malaysia bagi Konvokesyen Mac 2010. Laporan ini dikemukakan untuk dijadikan rujukan bagi mengukur tahap employability dan marketability graduan UUM. Dapatan ini juga memberi input kepada UUM untuk usaha penambahbaikan program pengajaran dan pembelajaran dan perkhidmatan di Kolej dan juga universiti.
Habis.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Sep-2010 08:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENGKEL ENGAGING QUALITATIVE APPROACH IN RESEARCH
|
|
BENGKEL ENGAGING QUALITATIVE APPROACH IN RESEARCH
Sebagai penyelidik, langkah awal sebelum memulakan penyelidikan adalah mewujudkan persoalan yang perlu dijawab. Jawapan diperoleh dengan menjalankan kajian. Terdapat dua jenis pendekatan iaitu berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini 2001).
Pada 28 September 2010 yang lalu, UTLC telah menganjurkan Bengkel Engaging Qualitative Approach In Research di EDC. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Marohaini Yusoff dari Universiti Malaya. Seramai 22 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada staf dan pelajar UUM.
Tujuan bengkel ialah membantu peserta untuk lebih memahami pendekatan kualitatif dalam kajian. Bengkel ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pertama berkaitan persediaan dan pemahaman tentang kajian sebelum menentukan pendekatan kualitatif.
Sesi kedua mengupas idea-idea pembentukan kajian secara kualitatif dan permasalahan yang timbul daripada pemilihan bentuk kajian dan sesi ketiga adalah berkaitan isu-isu di dalam pengumpulan data.
Sesi pembelajaran adalah secara teori dan sesi soal jawab.
Prof. Dr. Marohaini Yusoff adalah antara ahli akademik yang sangat berpengalaman di dalam kajian kualitatif dan banyak membantu peserta di dalam persoalan-persoalan yang berkaitan. UTLC berharap untuk mengadakan bengkel seumpama ini lagi di masa akan datang.
Tamat.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jun-2010 03:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bengkel Literature Review
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-May-2010 05:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENGKEL NVIVO
|
|
BENGKEL PENGGUNAAN PERISIAN NVIVO
Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan Bengkel penggunaan perisian Nvivo yang telah diadakan pada 26 Mei 2010 yang lalu, bertempat di Makmal Komputer FE 1 Bangunan Ekonomi, UUM CAS. Bengkel sehari ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hjh. Nurahimah Mohd Yusoff iaitu Pengarah UTLC yang berpengalaman luas dalam penggunaan perisian Nvivo bagi penyelidikan kualitatif.
Peserta bengkel adalah seramai 26 orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada pensyarah dan tutor UUM. Peserta lain adalah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kolej Universiti Insaniah.
Dengan penganjuran bengkel ini diharap dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta dalam mengurus data-data penyelidikan kualitatif masing-masing dengan menggunakan perisian Nvivo.
Habis.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-May-2010 03:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Kaedah Penyelidikan MODUL MRW401
|
|
PROGRAM KAEDAH PENYELIDIKAN MRW 401 BIL.1/2010
Pada 25 Mei 2010 yang lalu, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan Program Kaedah Penyelidikan Modul MRW 401 di Bilik Bengkel A, Pusat Konvensyen. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus wajib ini yang terdiri daripada pensyarah dan tutor yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Keperluan kursus ini dilaksanakan supaya kakitangan akademik yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD betul-betul bersedia untuk menyambung pengajian dan pulang dengan ijazah kedoktoran. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teori kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dan juga hands-on menggunakan software analisis statistik dan software EndNote (Bibliography Management).
Modul MRW 401 merupakan modul terakhir yang perlu dihadiri peserta di dalam Program Kaedah Penyelidikan. Modul ini merangkumi slot Writing Research Proposal oleh Prof. Dr. Noor Azizi B Ismail dan sesi forum yang bertajuk Managing Doctoral Studies di sebelah petang.
Panel jemputan bagi forum yang bertajuk Managing Doctoral Studies ini terdiri daripada Prof. Madya Dr. Haslinda Ibrahim (UUM CAS), Dr. Chandrakantan Subramaniam (UUM COB) dan Encik Mohd Anizam Ariffin, Penolong Pendaftar Kanan (Bahagian Pengajian Lanjutan). Forum ini dikendalikan secara sesi soal jawab dan perkongsian maklumat oleh ahli panel di dalam melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Program Kaedah Penyelidikan bil.2/2010 dijangka akan diadakan bermula pada bulan Ogos hingga bulan Oktober 2010 mengikut modul yang ditetapkan.
Habis.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-May-2010 08:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bengkel Learning Zone 18 Mei 2010
|
|
BENGKEL E - LEARNING (LEARNINGZONE)
Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan Bengkel e - Learning (LearningZone) pada 18 Mei 2010 (Selasa), jam 2.30 - 4.30 petang, bertempat di Makmal Komputer FPA, UUM COLGIS Pusat Konvensyen. Seramai 33 orang pensyarah dan tutor telah hadir ke bengkel ini. Penceramah bengkel ini adalah Dr. Ariffin bin Abdul Mutalib daripada UUM CAS.
Bengkel e-Learning (Learning Zone) telah di adakan untuk kali ketiga bagi tahun 2010 adalah khusus untuk pensyarah-pensyarah UUM. Kursus ini telah di adakan pada 18 Mei 2010 di Makmal Komputer UUM COLGIS, Pusat Konvensyen UUM yang melibatkan 33 orang peserta. Bengkel ini juga dirancang akan diadakan sebanyak sebelas (11) kali pertemuan dalam tahun ini.
Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi latihan kepada semua peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari kolej UUM COB, UUM CAS dan UUM COLGIS bagaimana mengurus bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam sistem Learning Zone seperti dalam bentuk Microsoft Power Point, Word, Excel, video dan sebagainya. Selain itu, terdapat banyak lagi kemudahan yang boleh di di lakukan di dalam sistem ini seperti membuat hebahan, forum, quiz, chat, survey dan sebagainya.
Modul yang di ajar di dalam bengkel ini adalah modul asas yang mengambil masa hanya 2 jam. Lanjutan bengkel ini nanti akan di adakan pada bulan akan datang.
Habis.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-May-2010 07:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENGKEL PEMBINAAN SILIBUS MODUL GURU WAJIB (MGW) FASA 2
|
|
BENGKEL PEMBINAAN SILIBUS MODUL GURU WAJIB (MGW) FASA 2
Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan Bengkel Modul Guru Wajib (MGW) Fasa 2 pada 18 Mei 2010 bertempat di Bilik Bengkel B, C dan D di Pusat Konvensyen, UUM. Bengkel sehari ini merupakan kesinambungan kepada bengkel yang telah diadakan pada 30 dan 31 Mac 2010 yang lalu di Darulaman Suites, Jitra.
Bengkel Modul Guru Wajib (MGW) ini diadakan bagi tujuan menyediakan silibus kursus dan modul kursus. Modul ini dibangunkan selaras dengan kehendak Sistem Pembelajaran Berterusan Universiti (PBU).
Di dalam bengkel ini, penggubal-penggubal silibus telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang untuk menyiapkan penulisan modul kursus masing-masing berdasarkan silibus dan kerangka atau struktur serta isi kandungan yang telah ditetapkan dalam Fasa 1.
Tarikh akhir penghantaran silibus dan modul lengkap adalah pada 17 Jun 2010.
Habis.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Apr-2010 01:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Park Royal, Penang
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Apr-2010 07:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mari Bermesyuarat
|
|

|
|
|
|